Skop Tugas Fasilitator SchoolNet KPM
Penempatan Fasilitator SchoolNet di KPM adalah seramai 6 FS di Unit ICT, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Skop tugas Fasilitator SchoolNet di KPM adalah seperti berikut:
- menjadi penyelaras kepada semua sekolah dengan mengumpul dan mendapatkan status pelaksanaan program ini.
- mewujudkan lamanweb sebagai pusat maklumat bagi semua sekolah dan fasilitator schoolnet yang berada di sekolah menyalurkan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan program inisiatif ICT di sekolah
- membuat pemantauan berkala bagi mendapatkan maklumat sebenar untuk dilaporkan kepada KPM:
- memantau secara keseluruhan pelaksanaan FS seluruh negara
- menyenggara sistem pemantauan online yang akan dibina oleh BTM
- menyediakan laporan bulanan pelaksanaan kepada BK, KTAK dan Sektor Operasi Sekolah, KPM
- mendapatkan maklumat mengenai status sebenar pelaksanaan schoolnet yang berkaitan dengan teknologi yang diguna pakai, keperluan akses jalur lebar dan jalur lebar sedia ada di sekolah.
- bertanggungjawab kepada Bahagian Sumber Manusia (KTAK) dari segi perkhidmatan dan Bahagian Komunikasi (KPPK) dari segi pelaksanaan dan pemantauan.
- menjadi perantara KPKK dan KPM menyampaikan mesej berkaitan dengan inisiatif ICT disekolah.