:: Berita/Portal/Blog ::

6 Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 | Print |  E-mail
 
on 09-08-2004 08:30
Views 1699    
Favoured 46

 6 TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

1. Membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.

2. Pembangunan modal insan di bawah  PIPP memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan
teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.

3. Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan  infrastruktur dan kemudahan khususnya diluar bandar seperti Sabah dan  Sarawak.


4. KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta  menempatkan guru terlatih.


5. Memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.


6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus yang lain. Sekolah yang  terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.


Klik di sini bagi memuat turun fail yang berkaitan dengan PIPP

Published in : Ringkasan Berita, Ringkasan
Quote this article in website Favoured Cetak Hantar Kpd Kawan Topik Berkaitan Save this to del.icio.us

Users' Comments (0) RSS feed comment
Comment language: English (0), Arabic (0), Bahasa Indonesia (0)

No comment posted

Add your comment



mXcomment 1.0.6 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev