TARIKH PENGHANTARAN TUNTUTAN PERJALANAN DAN PELBAGAI TUNTUTAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Tuntutan perjalanan dan pelbagai tuntutan bulan November tarikh akhir penghantaran ke PPDHL ialah pada 10 Disember 2008.
Tuntutan perjalanan dan pelbagai tuntutan bulan Disember tarikh akhir penghantaran ke PPDHL ialah pada 2 Jan 2009.
Penghantaran Tuntutan perjalanan dan pelbagai tuntutan bulan Disember boleh dihantar ke PPD lebih awal pada bila-bila masa dalam bulan Disember 2008 jika sudah dipastikan tiada lagi perjalanan/aktiviti selepas tuntutan dibuat.
Tuan/Puan,
MASALAH BERKAITAN DENGAN SCHOOLNET DAN ROUTER YANG BERADA DI PUSAT AKSES
Sukacitanya dimaklumkan Unit ICT sedang mengadakan pemantauan bagi perkara yang berikut;
a) Senarai sekolah yang menghadapi masalah berurusan dengan GITN, contoh : lewat memperbaiki router yang telah rosak atau tidak berfungsi. Nyatakan tarikh aduan, no. aduan dan berapa kali tindakan yang telah diambil oleh pihak GITN .
b) Senarai sekolah yang menempatkan router di pusat akses dan bukan di bilik makmal.
c) Senarai sekolah yang makmalnya terletak di seberang jalan (di luar kawasan sekolah).
Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah terlibat diminta menghantar laporan ke Sektor ICT/Pengurusan Maklumat PPDHL dalam bentuk ‘softcopy’ sebelum 16 Disember 2008.
KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama