:: Berita/Portal/Blog ::

Index Portal Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat

0-9  | A  | B  | C  | D  | E  | F  | G  | H  | I  | J  | K  | L  | M  | N  | O  | P  | Q  | R  | S  | T  | U  | V  | W  | X  | Y  | Z

Index

Artikel (1/100)
Artikel
Bank PPSMI/ETEMS (1/19)
Bank PPSMI/ETEMS
Berita (5/643)
BERITA PENDIDIKAN, BERITA SUKAN, BERITA UMUM, ...
Borang (1/2)
Borang
Buletin (1/3)
Buletin
Direktori Institusi Pendidikan (1/1)
Direktori Institut Pendidikan
E-Book (1/28)
E-Books
FAQs (2/9)
FAQS, Profil
Guru Cemerlang (1/4)
Guru Cemerlang
Hari Guru (1/9)
Hari Guru
Info PPDHL (1/1)
Info PPDHL
ISO (1/4)
ISO
Kertas Kerja (1/4)
Kertas Kerja
Koleksi Ms Powerpoint (1/2)
Koleksi Ms Powerpoint
Lagu Patriotik (1/2)
Lagu Patriotik
Mamblog (1/22)
Default Category
Motivasi (1/3)
Motivasi
Muatutun (1/9)
Muaturun
Nota PTK (1/38)
Nota PTK
Papan Notis (1/7)
Papan Notis
Pekeliling (3/33)
komputer, Pekeliling, Pekeliling Perkhidmatan JPA
Pelajar (3/11)
Pelajar, Pelajar Menengah, Peperiksaan
Pentadbiran (6/27)
Panggilan Mesyurat, Pembangunan dan Perolehan, Pengurusan Akademik, ...
Perkhidmatan (1/2)
Perkhidmatan
PPD kepada Sekolah (1/154)
PPD kepada Sekolah
Profil (1/10)
Profil
Rancangan Mengajar (2/29)
Kokurikulum, Rancangan Mengajar
Rancangan Mengajar ICTL (1/14)
Rancangan Mengajar ICTL SMK
Ringkasan Berita (1/7)
Ringkasan
Semak Online (1/32)
Semak Online
Senarai Nama Pegawai (0/1)

Senarai Sekolah Menengah (1/2)
Sekolah Menengah
Senarai Sekolah Rendah (2/2)
Sekolah Menengah, Sekolah Rendah
Site For Teachers (1/33)
Site For Teachers
Soal Jawab IT (1/142)
Soal Jawab IT
Sudut ICT (1/1)
Sudut ICT
Worksheets (1/21)
Worksheets
 

Results 1 - 10 of 1260
Display #

1. KURSUS PENGENALAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK SISTEM STAR RATING
(PPD kepada Sekolah/PPD kepada Sekolah)

Gambar peserta kursus
Friday, 05 December 2008 |  17 Hit(s) | (0 vote)

2. Penutupan akaun Tahun 2008
(PPD kepada Sekolah/PPD kepada Sekolah)

TARIKH PENGHANTARAN TUNTUTAN PERJALANAN DAN PELBAGAI TUNTUTAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Tuntutan perjalanan dan pelbagai tuntutan bulan November tarikh akhir penghantaran ke PPDHL ialah pada 10 Disember 2008.

Tuntutan perjalanan dan pelbagai tuntutan bulan Disember tarikh akhir penghantaran ke PPDHL ialah pada 2 Jan 2009.

Penghantaran Tuntutan perjalanan dan pelbagai tuntutan bulan Disember boleh dihantar ke PPD lebih awal pada bila-bila masa dalam bulan Disember 2008 jika sudah dipastikan tiada lagi perjalanan/aktiviti selepas tuntutan dibuat.
 

Thursday, 04 December 2008 |  13 Hit(s) | (0 vote)

3. Mesyuarat Pemurnian Modul & Perancangan Aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2009
(PPD kepada Sekolah/PPD kepada Sekolah)

Tarikh : 5 - 7 Disember 2008
Tempat : Hotel Grand Continental , Kuching Sarawak
Panel : JU PRS Kebangsaan
Alatan : Laptop , Soft copy dan hard copy modul PRS , Perancangan strategik PRS
Thursday, 04 December 2008 |  23 Hit(s) | (0 vote)

4. MASALAH BERKAITAN DENGAN SCHOOLNET DAN ROUTER YANG BERADA DI PUSAT AKSES
(PPD kepada Sekolah/PPD kepada Sekolah)

Tuan/Puan, 

MASALAH BERKAITAN DENGAN SCHOOLNET DAN ROUTER YANG BERADA DI PUSAT AKSES

 

 

Sukacitanya dimaklumkan Unit ICT sedang mengadakan pemantauan bagi perkara yang berikut;

 
a)    Senarai sekolah yang menghadapi masalah berurusan dengan GITN, contoh : lewat     memperbaiki router yang telah rosak atau tidak berfungsi.  Nyatakan tarikh aduan, no. aduan dan berapa kali tindakan yang telah diambil oleh pihak GITN .
     

b)    Senarai sekolah yang menempatkan router di pusat akses dan bukan di bilik makmal.

c)    Senarai sekolah yang makmalnya terletak di seberang jalan (di luar kawasan sekolah).
        

    Sehubungan dengan itu,  sekolah-sekolah terlibat diminta menghantar laporan ke Sektor ICT/Pengurusan Maklumat PPDHL dalam bentuk ‘softcopy’  sebelum 16 Disember 2008.

(UP: En. Mohd Thani bin Abdullah)
Wednesday, 03 December 2008 |  21 Hit(s) | (0 vote)

5. Keratan Akhbar 1/12/2008
(Berita/CIKGU PAPER)

Monday, 01 December 2008 |  141 Hit(s) | (0 vote) | Read more...

6. Keratan Akhbar 30/11/2008
(Berita/CIKGU PAPER)

Sunday, 30 November 2008 |  76 Hit(s) | (0 vote) | Read more...

7. Keratan Akhbar 29/11/2008
(Berita/CIKGU PAPER)

Saturday, 29 November 2008 |  56 Hit(s) | (0 vote) | Read more...

8. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan....
(Berita/BERITA UMUM)

Friday, 28 November 2008 |  64 Hit(s) | (0 vote) | Read more...

9. Ajar subjek Teknik, Vokasional dari Ting. 1
(Berita/BERITA PENDIDIKAN)

PORT DICKSON 25 Nov. - Mata pelajaran Teknik dan Vokasional akan diajar bermula daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah menengah teknik di seluruh negara menjelang 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, sebelum ini, mata pelajaran berkenaan hanya diajar kepada pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah aliran tersebut.

Menurut beliau, langkah memperkenalkan mata pelajaran itu di peringkat awal lagi adalah untuk membolehkan para pelajar menyalurkan kreativiti selain menanamkan minat terhadap bidang yang mereka ingin ceburi.

''Kementerian kini bersiap sedia untuk memperlengkapkan tenaga pengajar selain meningkatkan lagi beberapa infrastruktur asas bagi melaksanakan program teknik dan vokasional,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan Guru-Guru Vokasional dan Kemahiran 2008 di sini malam tadi.

Katanya lagi, menjelang tahun depan, pihaknya berharap segala keperluan pelajar dapat disediakan dengan teratur kerana ia merupakan satu agenda di bawah Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kementerian Pelajaran.

''Kesemua guru yang terlibat akan diberi latihan berasaskan kecekapan. Setakat ini, seramai 300 guru telah mengikutinya dan ia akan diperluaskan bukan sahaja melibatkan tenaga pengajar di sekolah teknik, malah meliputi guru-guru di sekolah teknik harian,'' jelas beliau.

Selaras dengan pelaksanaan itu, Razali memberitahu, pembelajaran dalam kedua-dua bidang berkenaan juga akan dilanjutkan bagi program matrikulasi atau diploma sebagai satu langkah bagi membolehkan para pelajar melanjutkan pelajaran mereka pada tahap tertinggi.

Beliau berkata, langkah berkenaan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar memandangkan ia memenuhi kehendak mereka yang lebih cenderung ke arah bidang-bidang kemahiran serta praktikal.

''Aktiviti-aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya dapat memberikan satu kepuasan kepada mereka yang lebih berminat ke arah bidang-bidang seumpama itu,'' katanya.

Friday, 28 November 2008 |  76 Hit(s) | (0 vote)

10. Ajar Sains, Matematik dalam BM – Rahman
(Berita/BERITA PENDIDIKAN)

KUCHING 12 Nov. – Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).

Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

“BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak, hari ini.

Abdul Rahman berkata, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, berkata sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.

Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki, Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan.

Friday, 28 November 2008 |  131 Hit(s) | (0 vote)

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
  
Top