Berita Harian bertarikh 24 Mei 2010 – PIHAK KPM TURUN KE SEKOLAH UNTUK MELIHAT BEBAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “DRAGONBALL:BHA14357” dalam ruangan rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 24 Mei 2010 – Pihak Kementerian Pelajaran turunlah ke sekolah dengan mengejut untuk melihat beban guru dan perangai pelajar yang macam-macam hal. Bukan senang guru nak kawal.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih atas maklumat yang dikemukakan oleh Dragonball. Sebenarnya, KPM amat prihatin tentang isu beban tugas guru dan mendapat perhatian serius daripada kementerian, malah kementerian telah mewujudkan sebuah jawatankuasa khas mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru di seluruh negara supaya usaha menjana modal insan dari peringkat sekolah tidak terjejas.
Sebagai makluman, pihak KPM, khasnya Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) sering turun ke sekolah kerana tugas utama JNJK adalah untuk memeriksa, melapor dan mengemukakan syor-syor serta memberikan strategi kepimpinan kepada pihak sekolah secara profesional. Penaziran pula dilaksanakan secara pemeriksaan penuh, pemeriksaan biasa, pemeriksaan bertema, pemeriksaan khas dan pemeriksaan tindak ikut, JNJK juga melaksanakan pemeriksaan mengejut jika terdapat aduan.
Disamping itu, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah juga memainkan peranan memantau perkembangan dan aktiviti sekolah secara rutin dan berterusan dari semua aspek termasuk pemeriksaan mengejut berdasarkan aduan yang diterima.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Quote this article on your siteTo create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.
Preview :
PIHAK KPM TURUN KE SEKOLAH UNTUK MELIHAT BEBAN GURU
Sabtu, 26 Jun 2010
Sabtu, 26 Jun 2010
© 2013 - PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT
Powered by QuoteThis © 2008
Kali terakhir dikemaskini Sabtu, 26 Jun 2010 01:31





